Halways umum Online Farm Management Software diberi percuma kepada pengusaha akuakultur

Pengarah dan ketua pegawai eksekutif Halways Sdn bhd, En Muhamad Akhmal Hakim B Roslan telah mengumumkan bahawa syarikat Halways Sdn Bhd akan memberikan farm management software secara percuma kepada pengusaha akuakultur. Software tersebut dijangka membantu pengusaha mengurus ladang dan bisnes dengan lebih cekap dan efisien. Menurut beliau “selain membantu pengusaha merekod, menyusun dan mengalisis cash flow syarikat. software ini turut membantu pengusaha merekod dan menganalisis data harian yg dipantau dari kolam ternakan seperti ammonia, DO, pH dan suhu. Dengan teknologi software ini, penternak dapat melihat trend prestasi kolam ternakan dan membuat keputusan lebih baik bagi memastikan bisnes tidak rugi.”
Kenyataan tersebut telah dibuat bersempena “Kursus Akuakultur: Kurangkan kos dan Tingkatkan keuntungan” pada april 2018 yang disertai oleh lebih 40 orang pengusaha akuakultur. Turut hadir adalah penaja bersama program Alltech Biotechnology (M) Sdn Bhd dan Lantas Resources Sdn Bhd.

Comments

mood_bad
  • Comments are closed.