Thohira Aquaformula Akan Berada Di Pasaran Pada awal 2017

En Akhmal, ketua pegawai eksekutif Halways Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa makanan ikan ekonomi Thohira Aquaformula akan mula memasuki pasaran pada awal 2017 dengan harga serendah RM48.00 bagi setiap beg 20kg. Pengumuman ini telah dibuat bersempena Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2016 di Universiti Putra Malaysia dalam sebuah forum “How we Build Business from Innovation.” Ia dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar.PRPI 2016 yang bertemakan “Pertanian, Inovasi, Kehidupan” itu bertujuan menyediakan platform bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi UPM yang telah mempunyai penerbitan dan perlindungan harta intelek serta untuk membuka peluang pasaran dan jaringan kepada industri, pemberi dana dan umum.

Pameran itu juga menjadi medan saringan kepada penyelidikan di UPM sebelum layak untuk menyertai pertandingan penyelidikan di peringkat yang lebih tinggi.